Fungsi
- Merancang dan menyelaras program pengembangan pertanian dalam memindahkan teknologi pertanian yang lebih efisyen dan berkesan kepada pengusaha, usahawan dan pihak swasta.
- Menyediakan perkhidmatan perundingan dan penggalakkan pelaburan di kalangan pengeluar dan pengekspot pertanian ke arah pembangunan yang lebih komersial dan kompetitif.
- Merancang dan menyelaras perkhidmatan pengembangan / perundingan dan bimbingan bagi membangunkan usahawan yang mahir dan lebih berdaya saing dibidang pertanian.
- Menyelaras aspek teknikal dan sebagai panel tetap dalam forum kajian permohonan insentif percukaian dan pengemaskinian insentif-insentif bagi sektor pertanian yang disediakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
- Mengendalikan khidmat perundingan kepada golongan sasar melalui Business Development Centre (BDC) di daerah.
- Merancang, menyelaras, memantau dan menilai keperluan perkhidmatan pengembangan, latihan usahawantani/ swasta dan usahawan industri asas tani pembangunan pertanian Negeri Selangor.
- Merancang, menyelaras, memantau dan menilai aktiviti sokongan komunikasi yang merangkumi semua bentuk media (cetak, elektronik dan massa di Negeri Selangor.