PORTAL RASMI

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Biosekuriti Tumbuhan

1- Dimanakah pejabat bahagian Biosekuriti Tumbuhan?

Pejabat Bahagian Biosekuriti terbahagi kepada 4 zon:

(1) Unit Biosekuriti Tumbuhan Shah Alam
Tingkat 3, Bangunan Darul Ehsan,
No.3 Jalan Indah Seksyen 14,
Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-55189888

(2) Unit Biosekuriti Tumbuhan Sungai Burong
Tanjong Karang, Selangor.
Tel: 03-32410389

(3) Unit Biosekuriti Tumbuhan KLIA
Jalan Pekeliling 4,
Klia, Sepang.
Tel: 03-87872016

(4) Unit Biosekuriti Tumbuhan Pelabuhan Klang
Wisma Kastam, Pelabuhan Klang Utara,
Pelabuhan Klang, Selangor.
Tel: 03-31763600

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan memantau dalam khidmat nasihat diagnostik dan kepakaran dalam masalah berkaitan tanaman dan perosak. Selain itu, secara tidak langsung terlibat juga dalam pengeksportan dan pengimportan konsainan ke luar negara.

Pastikan sampel tumbuh-tumbuhan yang dikumpulkan adalah yang menunjukkan perlbagai peringkat kerosakan.

JANGAN MENGEMUKAKAN / HANTAR TUMBUHAN YANG TELAH MATI.

  • Sampel akan membusuk atau rosak sebelum pegawai teknikal /makmal membuat diagnostik. Pastikan spesimen menunjukkan simptom atau kesan kepada masalah perosak/penyakit yang dihadapi. Hantar sampel bahan tumbuhan yang cukup untuk menunjukkan semua peringkat penyakit iaitu dari bahagian yang sihat kepada bahagian yang paling tidak sihat. Untuk ujian virus, pastikan untuk menghantar daun yang hijau dan daun yang menunjukkan simptom penyakit. Hantarkan juga sampel bahagian tumbuhan  yang menunjukkan simptom dari keseluruhan tumbuhan , akar dan yang berkaitan. Akar hendaklah digali dan bukannya ditarik atau dicabut.

  • Semasa menyerahkan sampel, maklumkan mengenai sejarah tanaman/penanaman dan corak simptom yang berlaku di lapangan. Sesetengah penyakit cenderung untuk merebak dalam corak atau ciri yang tertentu di kawasan penanaman.

  • Sertakan juga maklumat-mklumat yang lain; maklumat tanah, tumbuh-tumbuhan di kawasan berhampiran, dan kronologi masalah yang dihadapi. Sila kemukakan  gambar sekiranya ada. Pejabat dan Makmal Bahagian Biosekuriti Tumbuhan mempunyai Borang Penghantaran Sampel Khidmat Diagnostik Perosak Tanaman untuk dibawa atau disertakan dengan sampel.

  • Balut spesimen dalam tuala kertas atau surat khabar bersih untuk mengelakkan kelembapan. Bungkus secara longgar dalam beg plastik untuk mengurangkan berlakunya kekeringan. Pastikan spesimen berada dalam keadaan sejuk dan hantar pada hari yang sama.

  • Untuk surat-menyurat, gunakan bekas yang kukuh seperti kotak beralun (corrugated boxes) atau bekas tiub untuk mengelakkan spesimen rosak dalam perjalanan. Isikan ruang kosong di dalam kotak dengan kertas yang dipotong kecil untuk melindungi spesimen.