PORTAL RASMI

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian (PLKP) Tanjong Karang

1- Bagaimana ingin memohon kursus?

Permohonan adalah menggunakan kaedah “walk in interview” iaitu pemohon boleh datang terus ke Pejabat Pertanian Daerah masing-masing berdasarkan jadual temuduga selepas iklan pengambilan kursus diedarkan kepada Pejabat Pertanian Daerah di seluruh Negeri Selangor atau boleh mengisi borang atas talian di http://plkptk.blogspot.com/p/permohonan.html

  1. Berumur 21 tahun satu bulan sebelum tarikh ujian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  2. Telah memiliki lesen D
  3. Tamat kursus dengan jayanya

2 kali setahun. Sesi pertama awal tahun dan sesi kedua pada pertengahan tahun.

18 minggu.

Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian (PLKP) hanya menyediakan latihan berbentuk kemahiran jangka pendek berkaitan Kejenteraan Pertanian dan Mekanisasi Ladang.

Peserta kursus biasanya mampu mencari kerja berdasarkan kemahiran yang telah diberi dan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berdasarkan sijil tamat latihan  yang telah diberikan. Untuk maklumat lanjut berkaitan latihan boleh terus melayari laman blog seperti berikut:-
http://plkptk.blogspot.com/p/kandungan-kursus.html

  • Rakyat Negeri Selangor atau pemastautin melebihi 10 tahun.
  • Berumur 18 tahun hingga 40 tahun.
  • Sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5.
  • Boleh membaca dan menulis dengan baik.
  • Sihat mental dan fizikal.
  • Bebas dari pengaruh dari najis dadah.

RM50.00 cagaran termasuk insuran berkelompok.