PORTAL RASMI

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Industri Asas Tani (IAT)

1- Bagaimana cara mendaftar menjadi Usahawan Bimbangan Jabatan Pertanian Negeri Selangor?

Datang ke Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan dengan nyatakan lokasi perniagaan usahawan untuk mendaftar diri sebagai usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Usahawan akan didedahkan dengan perlbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), ke arah Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan lain-lain. Usahawan juga diberikan kursus dan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan  produk mengikut bidang yang ditawarkan.

Usahawan bimbingan akan diletakkan dibawah pemantauan Agen Pengembangan Industri Asas Tani yang dipanggil (APIAT) yang ada di setiap daerah. Bantuan dan bimbingan dalam bentuk nasihat akan diberikan dari semasa ke semasa oleh APIAT, Pegawai Pertanian Daerah atau Ibu Pejabat.

Bantuan galakan perniagaan yang berbentuk pinjaman mesin, peralatan, atau naiktaraf bengkel kepada usahawan yang menjalankan projek. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pertanian.

Maklumat kursus ini boleh dapati  di setiap Pejabat Pertanian Daerah dan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Selain itu, maklumat kursus ini boleh dapati juga melalui media sosial Pejabat Pertanian Daerah.